728x90 AdSpace

Latest News

Segala HARTA Najib Dan Keluarga DISIASAT Oleh Jemaah Juri Persekutuan AS!!!

Segala HARTA Najib Dan Keluarga DISIASAT Oleh Jemaah Juri Persekutuan AS!!!…

Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT).

Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya.


Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa.

NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke akaun peribadi Najib di Malaysia.
NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang ahli perniagaan Jho Low.

Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan keluarga Low sebelum dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza.
Satu daripada dua harta tanah itu juga dipindahkan tanpa diisytiharkan, dakwa NYT.

Jurucakap Low mempertahankan keputusan pemindahan itu, dengan berkata jualan harta tanah kepada Riza dibuat dengan harga pasaran yang setimpal.

Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu. Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika dihubungi NYT.

Wakil Riza dan Low menjawab perniagaan mereka mengikut peraturan.
Siasatan itu dikatakan baru bermula dan akan memakan masa bertahun-tahun untuk menentukan sama ada undang-undang AS telah dilanggar.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Segala HARTA Najib Dan Keluarga DISIASAT Oleh Jemaah Juri Persekutuan AS!!! Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top