728x90 AdSpace

Latest News

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab



Biarpun seseorang wanita itu berhijab, penjagaan rambut tetap perlu diutamakan kerana jika tidak mencuci dengan bersih atau memakai tudung ketika rambut masih basah akan menyebabkan bau rambut yang kurang menyenangkan.

Selain itu kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca utama masalah kerosakan dan keguguran rambut.

Rambut sentiasa perlu dijaga dengan rapi akan ia akan kekal sihat, kelihatan bermaya dan cantik.

Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab.

1) Basuh rambut dengan syampu dan air bersih sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Pilih syampu yang sesuai untuk rambut anda. Jangan tukar jenama syampu secara kerap kerana ia boleh merosakkan rambut dan rambut akan menjadi terlalu kering.

2) Semasa mencuci rambut, urut rambut dengan lembut. Pastikan anda bilas dengan sempurna selepas itu. Cuci rambut di waktu petang, kerana kebiasaannya pagi, anda pasti dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke pejabat dan tidak dapat mengeringkan rambut dengan sempurna

3) Selepas mencuci rambut, keringkan rambut dengan menggunakan tuala terlebih dahulu. Gosokkan tuala secara lembut dari akan sampai ke hujung rambut. Ulang beberapa kali dan selepas itu biarkan rambut kering dengan sendiri. Cara ini dapat memastikan rambut tidak bersimpul-simpul yang sebenarnya menjadi punca rambut rosak. Cuba elak dari menggunakan pengering rambut kerana ia juga menjadi punca kepada masalah rambut rosak dan kering.

4) Sebulan sekali, luangkan sedikit masa untuk memeriksa rambut agar tiada rambut bercabang.
Seperti juga kulit wajah, rambut perlu diberikan perhatian. Jika terdapat masalah rambut, selain melakukan rawatan di salun, boleh juga gunakan petua-petua tradisional untuk merawat rambut rosak.

5) Ketika memilih tudung, pastikan pilih fabrik yang lembut dan mampu memberi pengaliran udara keluar masuk. Jangan pilih kain tudung yang memerangkap haba kerana ia tidak sesuai untuk kulit kepala.

6) Bila berada di rumah, buka tudung seketika untuk membiarkan kulit kepala bernafas dan rambut boleh terkena angin. Jika anda berambut panjang, buka ikatan rambut. Biarkan seketika sebelum mencuci rambut seperti biasa.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top