728x90 AdSpace

Latest News

4 Tips & Cara Untuk Kenali Lelaki Gatal.


Wow , mungkin ini akan menjadi sesuatu yang sensitif bagi lelaki. Tapi kalau anda tidak gatal, tidak perlu risaukan, abaikan sahaja. Jika ini ciri anda, mohon terasa. Namun ciri-ciri lelaki gatal yang akan dikongsikan sekadar untuk pengetahuan dan tiada jaminan tepat 100% kerana lain orang lain ragam.

1) Teman Wanita Keliling Pinggang.

Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka susah untuk menunjukkan komitmen dalam perhubungan. Setelah mendapat sesuatu yang memuaskan, pasti dia akan meninggalkan anda.

2) Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia.

Termasuklah hal-hal peribadi si dia seperti keluarga. Biasanya bila anda bertanya, mereka akan mengelak dengan membiarkan sahaja soalan anda atau menukar topik perbualan anda.

3) Memang susah kalau nak hubungi bila berada diluar.

 Lelaki jenis ini sukar dihubungi ketika dia keluar bersama wanita lain. Mereka akan matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya lain. Yang akan menjawab panggilan anda juga adalah wanita iaitu mesin penjawab automatik hehe.

4) Satu lagi sikap yang ketara adalah mereka gemar berbual tentang seks

Walaupun di awal perkenalan anda. Jika si dia suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah. Bahaya dan sangat bahaya !!!

Jenis ini sangat bahaya untuk anda. Jangan sampai terjerat dengan pujuk rayu. Biasanya si gatal gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan anda untuk mendapatkan seks. Awas jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Ciri-ciri diatas adalah sabagai contoh sahaja untuk langkah berjaga-jaga. Tidak semua lelaki gatal kerana anda yang telah matang mampu mengenali mereka.

Nota Tambahan Buat Renungan Lelaki Pelindung Wanita

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…” (surah al-Nisa’, 4:34).

Jika kita sama-sama renung ayat ini, terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Namun, hari ini, adakah lelaki telah berperanan sebagai pemimpin dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan sebagai orang yang dipimpin? Ayuh kita muhasabah diri!
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 4 Tips & Cara Untuk Kenali Lelaki Gatal. Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top