728x90 AdSpace

Latest News

7 Tips Menghalau Semut Dari Rumah



Memang stress dibuatnya kalau banyak sangat semut dalam rumah. Letak makanan sekejap je atas meja, dah diserang semut. Sampai ke tahap terpaksa membuang sahaja makanan tersebut kerana kemungkinan sudah tercemar.

Terdapat pelbagai jenis semut di Malaysia. Ada yang putih, hitam, merah. Saiz pun berbeza-beza. Ada yang terlalu kecil, ada yang sedikit besar.

Coptotermes Formosanus Shiraki atau Semut Kongkiak adalah sejenis semut perang yang merupakan hama tanaman. Semut ini lebih besar daripada kerengga, berbisa dan boleh dijumpai di tanah perkuburan dan bukit berwarna kemerahan.

Semut Marabunta atau biasa dikenal dengan Semut Tentera merupakan jenis semut pemangsa agresif dalam mencari makan. Semut Marabunta menyerang secara berkelompok dalam jumlah yang sangat besar.

Tidak kira apa jenis semut sekalipun, pasti ada cara untuk menghalau semut tersebut dari rumah. Dan memastikan makanan dan minuman bebas dari gangguan semut.

7 Tips Menghalau Semut Dari Rumah

1. Sapukan minyak masak di tempat yang selalu diserang semut seperti bekas air atau bekas gula.

2. Letakkan asam keping atau asam gelugur di tempat yang selalu didatangi semut. Contohnya boleh letakkan asam keping di dalam bekas gula.

3. Anda juga boleh menggunakan bunga cengkih dan letak di laluan semut. Boleh juga letak di dalam kabinet supaya semut tidak berkumpul di dalamnya.

4. Boleh juga meletakkan beberapa tangkai cili kering di kawasan yang sentiasa ada semut. Ini akan menghalang semut untuk berada di situ.

5. Bawang merah juga boleh digunakan. Tidak perlu mengupas kulitnya. Hanya letakkan sahaja di tempat semut selalu berkumpul.

6. Boleh juga gunakan kulit telur. Caranya, anda perlu bakar kulit telur hingga menjadi abu. Kemudian tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Ambil beberapa helai daun sirih. Boleh dihiris nipis atau disiat-siatkan sahaja dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Semut tidak suka pada bau sirih.

Semua bahan-bahan yang dikongsikan di atas ini memang mudah didapati. Semoga ia membantu anda untuk menghalang semut dari memasuki rumah. Selamat Mencuba.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 7 Tips Menghalau Semut Dari Rumah Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top