728x90 AdSpace

Latest News

7 Rahsia Seorang Isteri Yang Suami Perlu Tahu




Kaum lelaki sering mengatakan yang kaum wanita adalah individu yang susah nak faham ataupun ‘complicated’. Ini disebabkan oleh emosi seorang wanita yang mudah berubah, sekejap ceria, sekejap marah, lepas tu merajuk dan sebagainya

Namun setiap emosi yang dipamerkan oleh seseorang wanita itu pasti bersebab cuma kaum lelaki je yang sukar nak faham. Betul ke? Jom kaji.

Berikut adalah 7 Rahsia Seorang Isteri Yang Suami Perlu Tahu

1) Isteri Perlukan Kasih Sayang 

– Kaum wanita selalunya segan nak cakap walaupun pada suaminya sendiri yang dia sentiasa memerlukan kasih sayang.  Dia ingin anda tunjukkan yang anda kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Nampak remeh untuk lelaki, tetapi perhatian dari suami adalah sesuatu yang sangat bermakna buat seorang wanita.

2) Si isteri inginkan kejutan istimewa 

– Hari-hari melalui rutin yang sama, pasti sesiapa pun akan merasa bosan. Bangun pagi sediakan sarapan, siapkan anak dan hantar ke sekolah. Hujung minggu kemas rumah. 365 hari melakukan perkara yang sama memang membosankan. Si isteri pasti inginkan suami membuat kejutan atau sesuatu yang istimewa buatnya. Biarpun kejutan itu nampak remeh seperti menyiapkan sarapan untuk isteri atau membantu jemur baju namun jangan terkejut jika perbuatan ‘simple’ seperti itu pun akan membuat senyuman terukir di bibir isteri.

3) Si isteri ingin dipuji 

– Sesiapa pun akan berasa gembira bila dipuji. Apatah lagi jika pujian itu datang dari insan yang dicintai yang bernama suami. Pujilah isteri anda atas jasa dan pengorbanannya untuk keluarga dan anak-anak. Kadang kala mungkin si isteri akan sengaja tukar fesyen rambutnya semata-mata untuk memberi kelainan pada suami tersayang. Bila suami pulang dari pejabat, penat melaram buka pintu ambilkan beg, tetapi si suami terus masuk bilik baring tidak sedar pun akan fesyen terbaru rambut si isteri. Kaum suami perlu lebih ‘alert’. Tak susah pun nak puji kan dan pujian anda itu pasti amat bermakna untuk si isteri.

4) Si Isteri Juga Ada Perasan Cemburu 

– Perasaan cemburu memang tidak dapat dielakkan dari hati seorang yang menyintai.

Janganlah anda bandingkan isteri anda dengan perempuan lain, tidak kisahlah selebriti ataupun rakan sekerja anda sekalipun. Si isteri ingin menjadi satu-satunya wanita yang anda lihat di mata hati anda. Dia ingin rasa dia lah isteri paling istimewa kerana mengahwini anda. Jadi jagalah kata-kata anda, janganlah mengores hatinya.

5) Si isteri ingin anda menjadi ketua agamanya 

– Setiap isteri pasti mahukan seorang suami yang boleh memimpinnya ke arah menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dia perlukan teguran yang membina. Lagi bermakna kalau nasihat itu datangnya dari suaminya sendiri, pasti lembut hatinya untuk menerima teguran tersebut.

6) Si isteri tidak suka membebel 

– Pasti ramai para suami yang tidak akan bersetuju tetapi itulah hakikatnya. Si isteri tidak gemar membebelkan suaminya, tetapi ada kalanya anda membuatkan isteri tidak senang hati. Mungkin anda sudah biasa dengan cara hidup bujang dan kadang kala terbawa ‘cara bujang’ dalam rumahtangga. Contoh seperti mencampak sahaja baju di lantai selepas dipakai atau melonggokkan pinggan kotor di singki. Isteri yang penat mengemas rumah, pasti akan membebel sebab anda bukannya nak membantu tapi makin menambah kerja rumahnya pula.

7) Si isteri hanya inginkan sebuah keluarga yang stabil dan bahagia 

– Saat seorang wanita menerima anda sebagai suaminya, dia memang sudah bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Jadi anda juga harus memainkan peranan dan menjadi seorang suami yang dapat bersama dengannya membina mahligai cinta yang kekal kukuh dan bahagia.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 7 Rahsia Seorang Isteri Yang Suami Perlu Tahu Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top