19 Fakta Menarik Tentang Si Tangan Kidal
Individu yang lebih banyak menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan untuk melakukan aktiviti harian dianggap seorang yang tangan kidal. Menurut statistik lebih ramai lelaki yang kidal berbanding wanita.
Namun tidak semestinya seseorang yang menulis dengan tangan kiri sahaja kidal, kerana menurut kajian ada juga individu yang menulis menggunkan tangan kanan tetapi kesemua aktiviti yang lain dia menggunakan tangan kiri. Jadi individu itu juga dianggap kidal.
Di bawah ini dikongsikan 19 Fakta Menarik Tentang Si Tangan Kidal
1. Berdasarkan statistik, 15% dari sebuah populasi adalah tangan kidal. Malah lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal lebih berkemungkinan menjadi seorang yang genius. Menurut laporan 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia adalah kidal.
3. Jika anda seorang lelaki kidal yang masih bergelar pelajar, maka menurut kajian anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah berkerjaya, lelaki kidal akan 20% lebih kaya.
4. Namun orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk menjadi seorang perokok yang tegar.
5. Jika kedua ibu bapa kidal, maka besar kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, maka hanya 2% kemungkinan untuk mendapat anak yang kidal.
6. Jangan tak percaya, haiwan seperti kucing juga boleh kidal. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast mendakwa kucing jantan lebih cendurung kidal berbanding kucing betina
7. Orang kidal dikatakan tidak mengemari buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara bermain game.
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. Menurut laporan 4 dari 5 pereka komputer Mac adalah kidal.
11.Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi atlet sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, mendapati bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang menggunakan tangan kanan.
14. Orang tangan kidal dikatakan lebih cerdas daripada mereka yang bukan kidal.
15. Orang kidal lebih bijak mengawal emosi dibandingkan dengan yang bukan kidal.
16. Jumlah orang kidal meningkat dengan pesat setelah tahun 1910.
17. Setakat ini orang kidal berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia.
18. Orang kidal mencapai akil baligh lewat 4 atau 5 bulan selepas orang tangan kanan.
19. 50% orang kidal menggunakan tetikus atau mouse dengan menggunakan tangan kiri. 68% orang kidal menggunakan tangan kanan untuk memegang gunting dan 74% orang kidal menggunakan tangan kanan apabila memegang pisau.
Itulah 19 Fakta Menarik Tentang Si Tangan Kidal. Adakah anda seorang yang kidal?
0 comments:
Post a Comment