PETUA MENGHILANGKAN SENGGUGUT
Apabila sebut perkataan senggugut pasti ramai wanita rungsing memikirkan “sakit itu”. Sakit senggugut datang kepada wanita ketika “period” atau haid dan dikatakan amat menyakitkan.
Kali ini saya ingin berkongsi beberapa petua untuk menghilangkan senggugut. Semoga petua-petua ini dapat membantu anda untuk menghilangkan senggugut yang dialami.
Petua 1: Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2: Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3: Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4: Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5: Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
Petua 6: Minum madu kerana madu melancarkan pendarahan.
Petua 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
Petua 8: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Petua 9: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
Petua 10: Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.
Selamat mencuba! Sila kongsikan petua ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.
0 comments:
Post a Comment