Semoga jadi renungan kita bersama.
Hadith
Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala’ pasti akan turun kepada mereka :
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang.
- Suami memperturutkan kehendak isteri.
- Anak derhaka terhadap ibunya.
- Sedangkan ia anak berbaik dengan kawannya.
- Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
- Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
- Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Arak sudah diminum di merata tempat.
- Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
- Para artis-artis disanjung-sanjung.
- Muzik banyak di mainkan.
- Generasi akhir umat ini melaknat (atau menyalahkan) generasi pertama (sahabat) atau orang yang sezaman dengan mereka itu.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau diubah menjadi makhluk lain.
Sumber dari Hadith Riwayat Tarmizi.
Keterangan Hadis
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Untuk lebih faham dan mendalami hadith ini, sila tonton ini
0 comments:
Post a Comment