728x90 AdSpace

Latest News

10 HADIAH TERBAIK INI AKAN BUAT SUAMI SEMAKIN SAYANG TERHADAP ANDA. #4 AKAN BUAT DIA MENANGIS


10 HADIAH TERBAIK INI AKAN BUAT SUAMI SEMAKIN SAYANG TERHADAP ANDA. #4 AKAN BUAT DIA MENANGIS

Jika anda seorang isteri yang sedang memikir-mikirkan apakah yang hendak dihadiahkan kepada suami menjelang hari ulang tahun kelahirannya bagi tahun 2015, artikel ini akan membantu anda membuat keputusan rasional dalam memilih hadiah teristimewa bagi si dia.

Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak terlalu kisah jika diberikan hadiah setiap dua atau tiga tahun sekali dengan syarat hadiah itu adalah yang boleh bertahan lama, mudah diurus dan senang dibawa kemana-mana, juga boleh digunakan hampir setiap hari dan bukan hanya tersimpan di dalam kotak ataupun almari.

Pemilihan hadiah juga berbalik pada minat dan karektor si dia, ada suami jenis minat sukan, minat muzik, minat merakam gambar atau video, minat mengumpul barang rare, minat berpakaian kasual, minat aktiviti lasak ataupun yang jenis sibuk bekerja.

Dibawah adalah 10 senarai barang yang boleh anda hadiahkan kepada suami bagi tahun 2015 ini.



1. Wallet Kulit / Stainless Steel

Wallet kulit adalah aksesori penting bagi seorang lelaki, kebiasaannya wallet dari jenis kulit adalah menjadi pilihan manakala wallet dari jenis besi tahan karat (stainless steel) akan membuatkan suami anda kelihatan trendy dengan gaya terkini.

Pemilihan wallet juga amat penting, cari wallet yang hampir keseluruhannya dibuat dengan menggunakan kulit sahaja, elakkan wallet kulit yag menggunakan gam sebaliknya wallet yang menggunkana jahitan mesin adalah lebih baik.

Pastikan slot kad yang ada di dalam wallet muat untuk diletakkan kad pengenalan dan jika suami seorang usahawan yang sibuk, pemilihan slot yang sedikit lebar juga boleh dipertimbangkan jika suami anda jenis yang menyimpan bisnes kad di dalam walletnya.

2. Basikal Sukan Ringan / Mudah Lipat / Elektrik

Boleh memilih dari jenis basikal yang ada dua tempat duduk bagi beriadah bersama anak atau memilih basikal sukan yang ringan beserta alatan keselamatan seperti helmet dan lampu keselamatan. Jika suami anda bukan dari dua kategori diatas, hadiahkan sahaja basikal elektrik yang mudah lipat untuk suami pergi ke tempat kerja!

3. Kaca Mata Hitam

Beli kaca mata aviators! Jika tidak begitu pasti fesyen kacamata yang mana sesuai dengan bentuk muka si dia, bawa sahaja suami bersama beli terus di kedai kacamata. Biar si dia pilih, Isteri siapkan sahaja wang itu.

4. Electric Unicycle

Ini adalah trend yang hot bermula awal tahun lepas. Belum lagi ramai yang mencuba teknologi ini di Malaysia. Ianya sangat kool dan ada yang tersedia bersama-sama speaker. Kelajuannya boleh mencecah dari 20kmh-25kmh. Rockwheel adalah jenama Electric Unicycle yang tahan lasak.


5. Drone / Quadracopter

Hadiahkan ini jika mahu suami anda boleh bermain permainan di dalam dan di luar rumah. Setelah suami anda hebat beberapa ketika, anda boleh apply untuk si dia bekerja sebagai juruterbang drone yang gajinya boleh tahan masyuk!

6. Clutch / Pouch Bag

Si dia maskulin? Hadiahkan Clucth Bag dan jika si dia sempoi, hadiahkan Pouch Bag yang kalis air.

7. Sneakers

Sneakers sesuai dengan lelaki yang aktif dan bukan dari jenis bertali leher. Asics Gel atau Flyknit Nike adalah pilihan yang bagus. Ringan dan memiliki pengudaraan yang baik adalah pilihan yang tepat bagi kaki si dia yang mudah berpeluh.

8. Jam Tangan

Untuk lelaki aktif, survey jam tangan yang tahan lasak, kalis gegar dan sekurang-kurangnya kalis air jika berenang di kolam awam. Manakala jika lelaki yang masanya banyak dihabiskan berpakaian kasual dan bertali leher serta berkasut kulit, cari sahaja jam yang agak blink-blink.

Boleh hadiahkan si dia dengan satu jam tambahan jika suami adalah dari jenis yang agak cerewet dengan penampilannya.

9. Go Pro Hero 4

Hadiah ini adalah sesuai untuk lelaki yang lasak dan gemarkan aktiviti outdoor. Jika si dia jenis yang suka merakam gambar keluarga, hadiahkan sahaja kamera mirrorless. Fujifilm X100T adalah diantara kamera yang sesuai bagi lelaki jenis fesyen retro dan street.

10. Pencetak 3D

ini adalah teknologi yang terbaru, sesuai dengan si dia yang dari jenis banyak menghabiskan masa di hadapan komputer dan kadang kala membuatkan anda tersinggung disebabkan tidak pedulikan anda saban hari. Hadiahkan ini jika mahu suami anda produktif dengan menghasilkan alatan-alatan baru setiap hari dan jika anda mahu menghadiahkan hampir kesemua hadiah yang ada disenarai diatas kepadanya!
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 10 HADIAH TERBAIK INI AKAN BUAT SUAMI SEMAKIN SAYANG TERHADAP ANDA. #4 AKAN BUAT DIA MENANGIS Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top