728x90 AdSpace

Latest News

TERBONGKAR BUKTI SAMBUT "BIRTHDAY" ROSMAH BERJUMLAH RM79 000 . GILA. Bukti Invois ini MENGEJUTKAN penyokong BARISAN NASIONAL.



Rafizi turut mendedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.

Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.

Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.

“Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.

“Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,” tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).

“Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.

Katanya lagi, sementara rakyat ‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500 (Ketika Itu).







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: TERBONGKAR BUKTI SAMBUT "BIRTHDAY" ROSMAH BERJUMLAH RM79 000 . GILA. Bukti Invois ini MENGEJUTKAN penyokong BARISAN NASIONAL. Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top