728x90 AdSpace

Latest News

Jiran Mangsa Bunuh Akan Didakwa, Enam Warga Nepal Dibebaskan..

Allahuakhbar.. Kau Rupanya.. Aku Tak Pernah Terfikir Kau Yang Ambil Nyawa Isteri Aku ..!! Lihat Wajah Sebenah Pembunuh Tragedi Kes Bunuh Kerani ..
‪#‎kisahbenar‬ ‪#‎suararakyat‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kesbunuh‬


Disebalik pembunuhan kejam kerani sekolah agama ... jiran mangsa akan didakwa di tuduh membunuh .. 6 lelaki nepal yg di tangkap bebas mereka tidak bersalah



Polis mengesahkan suspek kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir, Muar, bulan lalu akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kertas siasatan kes berkenaan serta pendakwaan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, minggu ini.

Menurutnya, lelaki berusia 30 tahun yang juga jiran mangsa itu ditahan pada 20 November lalu di rumahnya berhampiran rumah mangsa berikutan keterangan bercanggah ketika suspek memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Minggu ini, kita akan rujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan akan menunggu jawapan daripada mereka.

“Beberapa lagi individu ada ditahan baru-baru ini tetapi ia bagi membantu siasatan polis dan hanya seorang suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Beliau berkata, ia adalah tangkapan ketujuh membabitkan kes pembunuhan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang ditemui mati dengan kesan jerutan pada 16 November lalu, selepas penahanan enam lelaki warga Nepal.

Kamarul Zaman berkata, bagaimanapun enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun itu sudah dibebaskan selepas didapati tidak terbabit dengan insiden berkenaan.

Sinar Harian

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jiran Mangsa Bunuh Akan Didakwa, Enam Warga Nepal Dibebaskan.. Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top