728x90 AdSpace

Latest News

Bapak Hensem Giler! Inilah 3 foto wajah sebenar yang terbaru suami Azian Mazwan yang tidak pernah didedahkan selama ini.

Bapak Hensem Giler! Inilah 3 foto wajah sebenar yang terbaru suami Azian Mazwan yang tidak pernah didedahkan selama ini. Serius memang betul-betul terlajak kacak macam pelakon popular Bollywood.


Meskipun berjaya ataupun tidak berjaya mara ke akhir Gegar Vaganza 2, namun Azian Mazwan Sapuan tidak pernah berhasrat untuk berhenti kerja di Bahagian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya.

Kerja bagi Azian adalah sesuatu yang memberi pendapatan tetap berbanding nyanyian. Bagaimanapun, dia akan terus menyanyi dan mengakui selepas menyertai program GV2, jadual seninya amat padat sehingga Januari.

"Saya memasuki GV atas izin suami dan sokongan anak-anak. Tahun ini tak sibuk sangat sebab anak-anak tak ada exam yang besar-besar. Jadi selepas berfikir, ya apa salahnya.

"Alhamdulilah, sejak saya menyertai GV, show dah ada. Sekarang alhamdulilah, kadang-kadang dua tiga show dalam seminggu. Malah sekarang ini pun jadual dah padat sampai awal Januari. Ada call melalui Astro, call saya sendiri dan ada yang inbox di FB pun saya terima. Tak kisah. Saya ok jer.

"Untuk aktif menyanyi, saya mahu aktif tapi saya tak ada cadangan untuk berhenti kerja sebab pencen dan fikirkan keluarga. Setakat ini tiada masalah sebab saya dapat sokongan dari majikan. Kemudian saya utamakan juga keluarga.

"Menyanyi kebanyakkannya pada waktu malam dan Sabtu Ahad. Jadi tidak ganggu waktu kerja saya dan keluarga. Kalau Isnin tu mesti kena masuk kerja dan tetap akan uruskan anak-anak sekolah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya bakal keluarkan single terbaru untuk peminat dan kepuasan hati sendiri. Ada yang tanya-tanya nak bagi lagu namun kami belum buat perjumpaan lanjut. Sekarang pack sangat kan," tambah Azian yang merupakan ibu kepada tujuh orang anak ini.

Sumber: Myartis




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bapak Hensem Giler! Inilah 3 foto wajah sebenar yang terbaru suami Azian Mazwan yang tidak pernah didedahkan selama ini. Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top