728x90 AdSpace

Latest News

[7 Gambar] Sekitar Majlis Minum Teh Untuk Rai Perkahwinan Keith Foo & Kim Raymond

Tahniah !!! [7 Gambar] Sekitar Majlis Minum Teh Untuk Rai Perkahwinan Keith Foo & Kim Raymond
capture-20151130-151823

Aktor yang menjadi pujaan ramai, Keith Foo dan pasangannya Kim Raymond yang juga merupakan pengurusnya hari ini selamat meraikan ikatan perkahwinan mereka.


capture-20151130-151646

Keith dan Kim meraikan perkahwinan mereka dengan majlis minum teh bersama keluarga masing-masing pada 30 November 2015. Kedua-dua pasangan ini sebenarnya sudah berkahwin sejak tahun lalu lagi. Ianya diakui sendiri oleh Kim ketika hadir di set penggambaran yang menemani Keith untuk sesi penggambaran muka depan Majalah EH! isu bulan September lalu.

“Ya, kami dah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan saja. Semuanya dilakukan tahun lalu,” ujar Kim mesra kepada editor EH!.

Bahkan mereka berkongsi perancangan mereka yang mahu mengadakan majlis resepsi pada hujung tahun ini di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan. Menerusi laman Instagram milik Keith Foo, pelakon lelaki kegemaran ramai ini memuat naik gambar Kim dengan kapsyen yang romantis akan perhubungan mereka yang sudah termeterai ini.

capture-20151130-151118
Gambar: Instagram Keith Foo

EH! mengucapkan tahniah buat pasangan Keith Foo dan Kim Raymond. Moga mahligai yang dibina dilayari dengan penuh keindahan.





SUMBER : EH.COM.MY
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: [7 Gambar] Sekitar Majlis Minum Teh Untuk Rai Perkahwinan Keith Foo & Kim Raymond Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top