SATU rakaman video yang menunjukkan seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan kini menjadi viral di laman sosial.
Kejadian dikatakan berlaku di Bachok, Kelantan berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut.
Menerusi video, mangsa dilihat tidak mampu melindungi dirinya apabila kedua-dua wanita terbabit mula menyepak dan memukul mangsa bertalu-talu.
Dikatakan, punca kejadian disebabkan mangsa yang merupakan peniaga online (dalam talian) telah menipu kedua pelanggan ini, seterusnya menyebabkan dia ditangkap dan dipukul.
Salah seorang pelaku wanita dapat didengar berkata, “Mano barang mu? Mano barang muu?”.
Lebih menyedihkan, seorang lelaki yang dilihat di dalam video ini hanya menjadi penonton dan sanggup membiarkan mangsa diperlakukan kejam depan matanya.
Terus terang dikatakan, kami amat terkejut dengan aksi ‘gadis-gadis kelantan’ ini yang nampaknya sudah hilang nilai kesopanan sebagai wanita.
Perilaku yang ditunjukkan ini sama seperti manusia yang mendahulukan emosi daripada menggunakan kawarasan akal.
Walaupun mangsa bersalah, sebaiknya hubungi ibu bapanya atau terus buat aduan kepada pihak berkuasa. Tidak perlu rasanya memalukan dan memukul mangsa sampai sebegitu rupa.
Apa-apa pun, persepsi kami mengenai gadis Kelantan yang sopan santun lagi manis nampaknya sudah agak berubah. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment