PANAS!! KONTROVERSI!! Fouziah Gous Di KECAM Kerana Nampak Pakaian DALAM ???
##Aktres dan pengacara Fouziah Gous, 32, menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal...
Memetik kenyataan di mStar online, Fouziah, berkata, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka....
“Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan,” katanya....
Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, kru pr0duksi sentiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakannya termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata....
Malah kata Fouziah, dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu....
“Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian....
“Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung,” jelasnya....
Sementara itu, Fouziah berkata, dia tidak mahu melayani g0sip berkenaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.....
“Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan g0sip seperti itu,” katanya....
Sumber : http://beritasangathangat.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment