728x90 AdSpace

Latest News

[14 Foto] PELIK TAPI BENAR!! Inilah Lelaki PERTAMA Di Dunia Yang Berjaya LAHIRKAN BAYI Secara Normal?


Thomas telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Nancy. Bagaimanapun, Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah membuang rahimnya ketika berusia 28 kerana menghidap endometriosis.


 Bila kita mendengar lelaki mengandung dan melahirkan, mungkin kita akan kata ia adalah satu cerita yang tidak munasabah, namun, hakikatnya, seorang lelaki, Thomas, 38, bukan sahaja pernah mengandung dan melahirkan seorang anak, malah pernah melahir tiga orang anak.

Lelaki ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang wanita namun menukar imejnya untuk menjadi lelaki ketika dia berusia 20 tahun kerana merasakan dia adalah lelaki yang terperangkap di dalam badan wanita.

Bagaimanapun, dia tidak menjalani proses terakhir yang dilakukan oleh mereka yang mahu menukar jantina daripada wanita kepada lelaki iaitu histerektomi (membuang rahim) kerana mungkin mahukan anak satu hari nanti.

Thomas telah berkahwin dengan seorang wanita bernamaNancy. Bagaimanapun, Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah membuang rahimnya ketika berusia 28 kerana menghidap endometriosis.

Kini mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Susan, 3, Austin, 2, dan Jensen, 1.

Ketiga-tiga anak Thomas itu adalah hasil sperma yang didermakan oleh seorang individu yang sama dengan menggunakan telur Thomas.

Difahamkan selain Thomas sekurang-kurangnya ada lima‘lelaki’ lain pernah mengandung dan melahirkan menggunakan cara yang sama.

Walaupun Thomas merupakan lelaki yang sah dari segi undang-undang, namun dia tidak boleh meletakkan tarafnya sebagai ‘bapa’ di dalam sijil kelahiran anak-anaknya.

“Ia menjadi keliru apabila pada satu ketika mereka meletakkan Nancy sebagai bapa dan saya sebagai ibu kerana saya yang melahirkan mereka.

 ‘Pihak berkuasa mahu meletakkan saya sebagai ‘parent and parent’ dalam sijil kelahiran mereka sepertimana perkahwinan sesama jenis yang lain tetapi saya tidak mahu.

“Dan akhirnya kami membuat keputusan untuk mengambil ketiga2 anak-anak saya sebagai anak angkat mengikut prosedur undang-undang,” katanya.



Kisah Benar - Lelaki mengandung dan melahirkan anak.

Thomas yang mengandung dan berjaya melahirkan anak. Hari ini kami akan postkan 5 gambar lelaki tersebut semasa mengandung dan semasa melahirkan anaknya.

Lelaki tersebut bukan sahaja melahirkan seorang anak, malah sebelum itu telah berjaya melahirkan 2 anak dan menjadikan lelaki pertama di dunia yang melahirkan 3 anak...












Sumber

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: [14 Foto] PELIK TAPI BENAR!! Inilah Lelaki PERTAMA Di Dunia Yang Berjaya LAHIRKAN BAYI Secara Normal? Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top