728x90 AdSpace

Latest News

Wanita Ini Di Ajak Travel Dan Share Bilik Dengan Bos, Dan Ini Reaksi Mengejutkan Beliau !





Assalamualaikum WBT, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan di sini. (Maaf, tiada niat ingin mengaibkan diri sendiri mahupun orang lain tetapi mungkin boleh dijadikan pengajaran terutama perempuan yang sedang mencari kerja).

Maghrib tadi dalam jam 7.39 malam saya terima satu panggilan temuduga kerja (interview melalui phone). Ya, setiap kali ada panggilan temuduga saya akan excited dan beri respon yang positif.
Interview melalui telefon memang agak mudah. Interviewer kenalkan diri..Chinese..

Young boss..Looking for exclusive PA cum admin. Katanya ada terima resume tetapi tak ada gambar saya (ya saya pelik sebab selalunya saya akan hantar resume format .pdf mustahil tak ada gambar) kemudian sy offer untuk hantar resume semula, minta dia beri email kepada saya. (Saya memang nak habiskan perbualan cepat sebab menghormati waktu maghrib).


Di sini saya screenshort 'perbincangan' saya dengan that young boss. Bacalah..Dan nilaikan. Ya, saya mungkin lurus bendul dan tak faham hint2 dia, mungkin juga kerana saya sedang fokus mencari kerja. Saya ingat, itu semua adalah soalan2 untuk ambil orang bekerja sebagai PA.

 Nasib baiklah ada penasihat peribadi yang faham maksud begini dan nasihatkan saya untuk dapatkan maklumat si interviewer tetapi tak berjaya sampai ke sudah. Terus saya stop dan block nombor tersebut.

 (Tapi bila saya unblock untuk check, si interviewer pun terus menamatkan conversation)
Apapun, saya ingin tambah memandangkan ada yang salah faham dan mengatakan saya terlalu desperate untuk mencari kerja, ya memang benar saya sedang mencari kerja tetapi tidaklah terlalu desperate..Saya cuma memenuhi temuduga kerja yang saya pernah mohon sebelum ini.




Sumber
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Wanita Ini Di Ajak Travel Dan Share Bilik Dengan Bos, Dan Ini Reaksi Mengejutkan Beliau ! Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top