728x90 AdSpace

Latest News

Lelaki ini tidak makan selama 70 tahun, namun apa yang terjadi kepadanya selepas makan amat mengerikan

Lelaki ini tidak makan selama 70 tahun, namun apa yang terjadi kepadanya selepas makan amat mengerikan



Percaya atau tidak? Inilah manusia yang paling ajaib di dunia. Dia mengaku sudah 70 tahun hidup tanpa makan dan minum. Kerana keanehannya itu, pakar tentera India sedang mempelajari rahsia lelaki berusia 82 tahun tersebut.

Namanya Prahlad Jani, lelaki tua itu, kini ditempatkan sebuah ruangan di sebuah hospital di Ahmedabad, Gurjarat. Telegraph melaporkan, disitu dia diawasi dengan ketat oleh organisasi penyelidikan pertahanan India, yang percaya lelaki itu mungkin mempunyai rahsia istimewa yang dapat membantunya bertahan hidup.

Dia telah menghabiskan masa enam hari tanpa makanan atau air di bawah pemerhatian ketat dan para doktor mengatakan, tubuhnya belum menunjukkan adanya kesan-kesan akibat kelaparan atau dehidrasi.


Jani, yang mengaku telah meninggalkan rumah pada usia tujuh tahun dan hidup berkelana sebagai sadhu atau orang suci di Rajasthan, dianggap sebagai 'breatharian' yang boleh hidup dengan melakukan 'pertapaan spiritual'.

Dia percaya, dirinya disokong seorang dewa yang menuangkan 'ubat mujarab' melalui sebuah lubang di langit-langit mulutnya.

Pengakuannya itu telah disokong seorang doktor India yang pakar dalam kajian tentang orang yang mengaku mempunyai kemampuan super-natural, tetapi dia juga tidak terlepas dari kecaman segelintir orang yang melihat dia sebagai seorang 'penipu dari desa'.

Organisasi Pembangunan Penelitian Pertahanan India, pakar dalam penciptaan pesawat, peluru berpandu balistik antara-benua dan bom-bom jenis baru percaya, Jani boleh mengajar mereka untuk membantu para askar bertahan hidup lebih lama tanpa makanan atau korban bencana untuk bertahan sehingga bantuan tiba.

"Jika dakwaan itu terbukti, ia akan menjadi sebuah penemuan hebat dalam ilmu perubatan," kata Dr G Ilavazhagan, pengarah Defence Institute of Physiology & Allied Sciences.

"Kami boleh membantu menyelamatkan hidup ramai manusia yang ditimpa bencana alam atau melakukan pelayaran dilaut dan pelbagai keadaan alam dan aktiviti kemanusiaan yang ekstrem. 


Kami boleh mendidik masyarakat tentang teknik-teknik hidup dalam keadaan teruk dengan sedikit makanan dan air atau tidak ada sama sekali.

"Setakat ini, Jani nampaknya diperiksa dengan teliti. Dia tidak makan atau minum air dalam masa enam hari. Dia juga belum membuang air kecil dan air besar selama itu. Dia tetap akan segar bugar dan sihat serta tidak menunjukkan tanda-tanda kelesuan.

Doktor akan terus memantau dia selama 15 hari, suatu tempoh masa yang mereka harap dapat melihat beberapa keletihan otot, dehidrasi serius, kehilangan berat badan dan keletihan yang diikuti kegagalan organ.


Di India, sudah menjadi lumrah bagi orang Jain dan Hindu untuk berpuasa, kadang-kadang selama lapan hari lebih, tanpa kesan yang membahayakan, yang merupakan sebahagian daripada ritual keagamaan mereka. Kebanyakan orang tidak boleh hidup tanpa makanan selama 50 hari.

Aksi mogok makan terpanjang yang dicatat adalah 74 hari. Menurut Dr Sudhir Shah, yang memeriksa Jani pada tahun 2003, penelitian itu berlangsung tanpa makanan atau air selama sepuluh hari di mana urin nampaknya diserap kembali oleh tubuhnya setelah terbentuk dipundi kencingnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lelaki ini tidak makan selama 70 tahun, namun apa yang terjadi kepadanya selepas makan amat mengerikan Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top