728x90 AdSpace

Latest News

Ketahui Tanda-Tanda Penyakit Berdasarkan Warna Lidah



Ketahui Tanda-Tanda Penyakit Berdasarkan Warna Lidah | 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa warna lidah kita boleh dijadikan petunjuk kepada penyakit yang dihidapi. Sebab itu kalau korang perasan, kadang-kala bila kita tak sihat dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor akan minta kita jelir lidah untuk diperiksa. Betul tak?

Ketahui Tanda-Tanda Penyakit Berdasarkan Warna Lidah

Dengan melihat warna dan keadaan lidah kita, seseorang doktor boleh mengetahui secara asas apa jenis penyakit yang kita sedang alami. Secara lazimnya warna lidah seseorang yang sihat adalah merah jambu. Manakala jika berlaku perubahan warna bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
Artikel Berkaitan : Lima Petanda Awal Penyakit Kanser

Di bawah ini puteri kongsikan tanda-tanda penyakit berdasarkan warna lidah:

1) Lidah Berwarna Kuning – menunjukkan bahawa peratusan sel darah kuning tinggi dalam darah dan kemungkinan individu tersebut mengidap penyakit kuning atau mempunyai masalah hati.

2) Lidah Berwarna Pucat – kebarangkalian yang tinggi bahawa individu tersebut mengalami penyakit anemia atau kekurangan darah.

3) Lidah Berwarna Kebiruan – menunjukkan tanda-tanda berkaitan penyakit jantung ataupun masalah organ pernafasan.

4) Lidah Diselaputi Warna Putih – masalah kekurangan air dalam badan, demam dan masalah pencernaan.

Lepas baca artikel ini pasti ramai dah mula menjelir lidah untuk melihat warnanya kan. Harus diingat ini cuma panduan secara asas untuk ketahui tanda-tanda penyakit berdasarkan warna lidah. Namun jika wujud rasa was-was elok dapatkan nasihat dari doktor.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ketahui Tanda-Tanda Penyakit Berdasarkan Warna Lidah Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top