4 Jenis Perbuatan Ibubapa Ini Akan Menghalang Kreativiti Anak Tanpa Disedari.
Anak merupakan anugerah Allah. Anak yang kreatif adalah anak yang cekal dan tabah. Sikap ini timbul bilamana terbiasa dengan proses percubaan dan kegagalan.
Cekal dan tabah ini berkadar langsung dengan percubaan yang dibuat dan kegagalan yang telah dialami. Semakin tinggi kecekalan anak, semakin tinggi daya juang mereka untuk mencuba. Sedar atau tidak, sebagai ibubapa, ada beberapa faktor yang menyekat kreativiti anak :
1. Mendidik anak dengan peraturan yang ketat.
2. Gemar mengongkong anak daripada bermain.
3. Mendidik anak terlalu pentingkan kejayaan dan mengharapkan ganjaran daripada kejayaan.
4. Memperkecil dan mentertawakan idea anak-anak.
Lalu, sebagai ibubapa. Apa yang wajar dilakukan?
1. Jangan cepat mengkritik, sebaliknya dorong anak-anak berani mencipta idea, berani mengambil risiko, dan berani ditertawakan orang lain.
2. Memberi kebenaran kepada anak-anak untuk belajar apa yang mereka sukai. Ini menggalakkan anak-anak suka mencuba dan bermaginasi.
3. Mendorong anak-anak untuk minat belajar. Bukan semata-mata bagi memenuhi sukatan pelajaran untuk peperiksaan semata-mata, tetapi anak-anak perlu mencari ilmu pengetahuan yang lebih daripada apa yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
4. Membantu anak-anak sekiranya menghadapi kegagalan. Dorong anak-anak berani terima risiko, bukan menyarankannya berhenti apabila gagal sekali.
5. Melatih anak supaya mencipta pendapat sendiri dan berbeza dengan pendapat orang lain atas daya usaha mereka. Jangan sesekali mengkritik dan menunjukkan bahawa mereka salah. Hindarkan anak-anak daripada memikirkan apa yang orang lain akan kata.

0 comments:
Post a Comment