728x90 AdSpace

Latest News

10 Soalan ‘Panas’ Yang Bakal Ditanya Saudara-Mara Ketika Di Hari Raya




Raya tinggal beberapa hari saja lagi. Selain daripada membuat persiapan raya, sudahkah kamu bersedia dengan soalan “cepumas” dari saudara-mara anda?

Soalan “Bila nak kahwin?” mungkin sudah biasa ditanyakan pada anda. Tapi bagaimana jika anda diajukan soalan-soalan seperti di bawah ini. Adakah sudah bersedia?

1. Bila awak nak pakai tudung?

2. Masih belajar lagi? Kenapa lama sangat? Bila nak habis belajar?

3. Tak nak cuba mohon kerja kerajaan ke? Kerja senang, masa depan terjamin sebab ada pencen.

4. Kenapa kurus sangat ni? Sakit ke makan hati?

5. Kenapa macam makin gemuk? Muda-muda dah tak jaga badan.

6. Memang dah putus terus dengan (nama bekas kekasih) ya? Kamu kasar sangat kot.

7. Ini bukan kamu yang masak? Perempuan mesti tahu masak, kalau tak nanti tak laku.

8. DS Najib bersalah ke tak? Tak tahu? Anak muda kena ambil tahu isu semasa.

9. Ada liquid Vape tak? Nak mintak sikit.

10. Berminat jadi downline pakcik tak? Minggu depan dah boleh jadi jutawan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 10 Soalan ‘Panas’ Yang Bakal Ditanya Saudara-Mara Ketika Di Hari Raya Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top