Hi ! kali ini SembangSembang.com membawakan kepada anda tentang rahsia mengapa kucing tidak dapat jatuh terbalik. Mesti korang pernah terfikir mengapa bukan? SembangSembang.com akan memberikan kepada anda penerangan tentang sebab itu dengan lebih terperinci.
Mungkin anda pernah melihat, kucing terjatuh di tempat yang tinggi, lalu membalikkan tubuhnya dan mendarat dengan lancar tanpa mengalami kecederaan. Mengapa boleh demikian?
Hal ini terjadi, kerana kucing (dan beberapa haiwan lain) mempunyai sistem keseimbangan dan koordinasi yang luar biasa. Sistem inilah yang membuat kucing, ketika jatuh, akan menyedari dalam kedudukan apa dia terjatuh. Kalau dia jatuh dalam kedudukan terbalik, dia akan segera memutarkan tubuhnya, sehingga kakinya berada di sebelah bawah, dan bersiap sedia untuk mendarat.
Mendarat juga tidak asal meregangkan kaki. Kalau manusia jatuh dari tempat tinggi dengan kaki ke bawah, sudah tentu kaki boleh patah. Kalau kucing lebih mahir dalam hal ini, apabila mereka jatuh, mereka akan secara automatiknya akan memutar kaki ke bawah, segera menghulurkan kakinya sehingga angin menahan jatuh tubuhnya. Dan apabila bersentuhan dengan tanah, kakinya akan terlipat dengan cepat supaya mengecilkan kesan kejatuhan.
Rekod tertinggi pernah menyatakan, bahawa kucing pernah jatuh dari ketinggian tingkat 46 tingkat (walaupun sambil jatuh, dia sempat terpantul dulu ke kanopi) dan tetap boleh bangun dan berjalan dengan agak terpincang-pincang. Luar biasa, bukan?
Kalau manusia, kemungkinan bukan patah lagi, bahkan boleh membawa maut. Tetapi kajian menunjukkan, bahawa semakin tinggi kucing jatuh, makin banyak tulangnya yang patah. Itu boleh berlaku hanya jika ia terjatuh minimal dari aras tingkat 5 tingkat sahaja. Lebih dari itu, jumlah tulang kucing yang patah menurun drastik, apalagi kalau ketinggian semakin tinggi.
Nah rahsianya adalah, kucing (dan beberapa haiwan lain) punya apa yang disebut dengan terminal velocity, iaitu kelajuan jatuh maksimum iaitu 60 batu per jam.Ketika kucing jatuh, sesuai dengan undang-undang fizik, kelajuan jatuh si kucing makin bertambah.
Ternyata, apabila kelajuan jatuh kucing mencapai terminal velocity, di saat itulah kucing merasa paling rileks dan selesa. Maka dia mula menghulurkan kakinya seperti tupai melompat-lompat untuk mengurangkan kesan kejatuhan.
Wow, itulah sebabnya semakin tinggi dia jatuh, semakin ada peluang untuk dia menenangkan diri. Itu juga sebabnya kalau dijatuhkan dari tempat yang rendah, dia tidak sempat menenangkan diri. Kajian menyatakan semakin tinggi tempat kucing itu jatuh, semakin banyak masa untuk kucing itu bersiap sedia dan tenang dalam mengurangkan kesan kejatuhan. Kalau kita manusia sudah tentu akan panik jika dijatuhkan dari kawasan yang tinggi tapi sebaliknya pula bagi haiwan comel ini. Sekian dari SembangSembang.com



0 comments:
Post a Comment