728x90 AdSpace

Latest News

Kenali Lelaki Melalui Tali Leher




Setuju atau tidak sekiranya kami katakan lelaki yang bertali leher mempunyai lebih aura seksi berbanding lelaki yang berpakaian kasual? Sekiranya anda bersetuju, anda perlu tahu, setiap tali leher yang dipilih oleh seseorang lelaki mampu memberitahu anda karakter peribadi mereka.


Tali Leher Merah

Anda mungkin dapat lihat ramai lelaki yang mengenakan tali leher berona merah. Ia digelar ‘power tie’ kerana sering dikaitkan dengan keghairahan, cinta dan kuasa. Lelaki yang gemar bertali leher adalah seorang yang sukakan perhatian. Warna tali leher ini turut digemari oleh kebanyakan ahli perniagaan terkemuka dunia.

Tali Leher Biru

Rona ini adalah yang paling digemari oleh kebanyakan lelaki. Ia membawa simbol keyakinan, kestabilan, serius, berilmu dan kematangan. Lelaki yang bertali leher biru akan tampak lebih elegan dan tenang.

Tali Leher Hitam

Lelaki yang bertali leher hitam adalah seorang yang elegan secara semula jadi, formal dan berkuasa. Mereka juga berkemungkinan seorang yang degil kerana memilih tali leher hitam ke pejabat walaupun ia selalu digunakan untuk majlis-majlis formal pada waktu malam.

Tali Leher Bercorak

Lelaki yang bertali leher berjalur merupakan seorang yang klasik, konservatif dan selamat. Bagi yang gemar bertali leher polka-dots, mereka adalah lelaki yang peramah. Tali leher yang berlogo atau bercetak kartun merupakan cara terpantas untuk anda mengetahui kegemaran lelaki tersebut.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kenali Lelaki Melalui Tali Leher Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top