728x90 AdSpace

Latest News

Ketahui Sebab Mengapa Pentingnya 7 Kawasan Tubuh Ini Dibersihkan Ketika Mandi.


Walau mandi sudah menjadi kebiasaan sehari-hari, banyak orang yang kurang memberi perhatian kepada bahagian tubuh mana saja yang perlu dibersihkan. Padahal, tinggal di negara tropika dengan cuaca panas dan kelembapan tinggi, kuman lebih cepat berkembang biak kerana kita mudah berpeluh.

Salah satu cara untuk melindungi kulit daripada kuman adalah mandi dengan sabun dan membilasnya dengan air mengalir. Selain itu, perhatikan pula 7 kawasan tubuh yang wajib dibersihkan ketika mandi.

Tujuh kawasan badan yang penting untuk diperhatikan ketika mandi, iaitu :

1) Belakang telinga.
2) Kawasan leher.
3) Lipatan lengan.
4) Ketiak.
5)Paha.
6)Bahagian Punggung.
7)Bahagian kaki.



"Bahagian badan tersebut adalah kawasan yang mempunyai kuman yang paling banyak kerana merupakan lipatan kulit, seperti ketiak dan lipatan paha yang tahap kelembapannya paling banyak,"

Kawasan tubuh yang sukar dicapai, seperti punggung atau telapak kaki, biasanya juga sering luput dibersihkan. "Ketika tubuh berpeluh, tubuh menjadi terdedah dengan serangan kuman.

Kebiasaan mandi yang tidak bersih ditambah potensi sentuhan pada permukaan yang mengandungi kuman akan semakin meningkatkan potensi berlakunya jangkitan pada kulit,



Mengenai penggunaan jenis sabun, menurut Atika jika aktiviti fizikal cukup berat dan banyak berpeluh, sebaiknya menggunakan sabun antibakteria.

"Sabun cecair atau sabun sama saja, yang penting wajib mandi dua kali sehari kerana kita tinggal di negara tropika yang keringatnya mudah mengendap di kulit,"

Untuk menjaga kelembapan kulit selepas mandi, elakkan menggosok tubuh terlalu keras dengan spons mandi. Sebenarnya menggunakan tangan sendiri sudah cukup untuk menghilangkan debu dan kotoran dari kulit.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ketahui Sebab Mengapa Pentingnya 7 Kawasan Tubuh Ini Dibersihkan Ketika Mandi. Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top