728x90 AdSpace

Latest News

5 Tanda Anda Sedia Untuk Bernikah


Anda telah menjalinkan hubungan dengna kekasih sekian lama, kini sudah tiba masanya untuk anda mengambil langkah seterusnya iaitu mendirikan rumah tangga. Memang benar bahawa keputusan untuk mendirikan rumah tangga memerlukan masa yang agak lama untuk difikirkan. Andai anda sudah ada 5 tanda ini, bererti anda sudah sedia untuk bernikah.

1. Bersedia Untuk Bersedia Hingga Akhir Hayat

Pernikahan adalah sebuah jalan baru yang akan dilalui oleh mereka yang akan berkahwin. Banyak komitmen dan halangan yang akan dilalui. Jika anda bersedia untuk harungi itu semua bersama pasangan, itu membuktikan bahawa anda sedia untuk bernikah.

2. Anda Tidak Ada Hutang Lagi

Sebelum mendirikan rumah tangga, cuba selesaikan terlebih dahulu hutang yang terpaksa dipikul seperti hutang pembelajaran dan hutang kereta. Ini kerana kos untuk perkahwinan sekarang sangat tinggi.

3. Tidak Kekok

Pastikan anda yakin dengan diri anda sebelum bernikah. Kalau anda kekok dalam segala hal, ianya akan dipandang rendah oleh keluarga pasangan. Kuatkan semangat dan penuhkan ilmu didada sebelum bernikah.

4. Percaya Satu Sama Lain

Selain komitmen, kepercayaan juga perkara yang sangat penting dalam hubungan. Jika anda sudah merasakan tiada lagi perkara yang disembunyikan antara anda dan pasangan, anda sudah bersedia untuk bernikah. Kebiasaanya kepercayaan ini timbul setelah perhubungan yang lama.

5. Adakalanya Anda Menganggap Pasangan Sebagai Teman

Dalam beberapa perkara, pasangan anda boleh menjadi teman. Jika itu yang terjadi, bermakna anda begitu dekat dengan pasangan anda. Kebiasaannya anda tidak akan kekok jika anda begitu dekat dengan pasangan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 5 Tanda Anda Sedia Untuk Bernikah Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top