Di bulan yang mulia Ramadhan ini, berbuka puasa bersama sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi dan dilakukan oleh sejumlah umat islam. Berbuka bersama keluarga, rakan, pasangan, sahabat ataupun rakan sepejabat, berbuka bersama ini membuatkan ikatan hubungan semakin erat dan membuatkan puasa sehari suntuk itu terasa lebih bermakna. Namun, terdapat beberapa perkara yang kamu akan alami jika berbuka puasa bersama.
Selain dapat merasakan nikmat positif dari berbuka puasa bersama, kamu juga akan mengalami nikmat negatif daripada berbuka puasa bersama. SembangSembang.com menyenaraikan 5 perkara yang kamu akan alami jika sering berbuka puasa bersama.
1. Boros
Salah satu hal yang akan kamu alami jika sering buka puasa bersama yakni kamu akan lebih merasakan keborosan. Buka puasa bersama dengan kerap pada umumnya tidaklah begitu baik. Kamu akan mengeluarkan sejumlah budget untuk buka bersama di luar tidak kisahlah samaada dengan rakan,kekasih mahupun keluarga.
Selain itu, jika buka bersama rakan anda pastinya akan membeli makanan yang cukup mewah dan berbeza pula apabila kita berbuka bersama di rumah dengan hasil masakan sendiri pasti lebih jimat dibandingkan buka bersama dengan makanan yang dibeli.
2. Masa
Buka bersama memang mampu memberikan dan menambahkan waktu kualiti bersama. Namun, bagi mereka yang memiliki jadual yang padat, pasti jadual mereka akan 'clash' ketika beliau menghadiri acara berbuka bersama.
Bayangkan saja ketika berbuka bersama itu sama saja seperti kita membeli barang dan pastinya akan memerlukan lama untuk berbincang dan sembang dengan lama dengan rakan-rakan ataupun keluarga. Kalau lepak dengan member tu,mesti lah nak bual panjang lagi, hisap rokok dua tiga batang, tengok jam dah pukul 11 terawih pun tak pergi.

3."Family Time"
Ini terjadi apabila kamu kerap berbuka di luar rumah dengan rakan ataupun pasangan kamu. Tanpa kamu sedari, kamu telah kehilangan dan kerugian waktu bersama keluarga. Moment yang paling indah bagi admin di bulan suci Ramadhan ini ialah sewaktu berbuka puasa dengan keluarga.
Duduk sembang tentang banyak perkara, mana lagi dengar bebelan ibu yang tak henti-henti. hehe. Bersyukurlah ketika kita masih ada keluarga dan ibubapa. Sila hargai dan luangkan lah masa dengan keluarga. Percayalah nanti bila anda dah ada keluarga sendiri, pasti akan merindui masakan ibu dan menyesal kemudian hari.
4. Riak tanpa sedar
Ini pula terjadi apabila anda berbuka puasa dengan rakan,kekasih atau pasangan anda. Setiap kali bulan Ramadan tiba, penuh news update dan gambar-gambar makanan di media sosial. Salah satu tujuan sebenar puasa ni supaya kita dapat rasa hidup sebagai orang susah yang terpaksa menahan lapar sepanjang hari selain meningkatkan takwa,hidup bersederhana dan bersyukur dengan makanan yang kita ada. Ni tak, masing-masing nak tunjuk riak kat media sosial. Tunjuk makanan, gelang emas dan lain-lain.
Bulan Ramadan ni mesti ramai pasangan-pasangan yang dah plan nak buka berbuka bersama. "done iftar" bagai sekadar nak update ig,fb & twitter. Nak bagi tengok satu dunia yang diorang tu pasangan sweet masa kini. Tapi tak kisahlah yang penting tak langgar hukum hakam agama.
5. Bulan Syawal Mengatasi Bulan Ramadhan
Pasti ramai yang dah siap-siap tempah baju raya, buat perancangan nak buat openhouse, shopping baju raya bukan? Perancangan raya siap sedia disusun rapi. Tapi sedarkah anda yang kebanyakkan dari kita melebihkan syawal lebih daripada bulan ramadhan?
Bagi yang belum tahu, hari Raya Aidilfitri disambut untuk meraikan Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kenapa kita perlu rancang apa nak buat untuk raikan kemenangan (syawal) melebihi apa yang diperjuangkan (ramadhan) ?


0 comments:
Post a Comment