728x90 AdSpace

Latest News

Bahaya Mengenakan Eyeliner Pada Bahagian Dalam Kelopak Mata



Untuk pertama kalinya, saintis telah menjalankan kajian kesan mengenakan eyeliner kepada kelopak mata.
  • Risiko kepada kecemaran, 
  • Jangkitan mata,
  • Pandangan kabur adalah lebih tinggi jika anda mengenakan eyeliner pada bahagian dalam kelopak mata berbanding luar.


Pengkaji yang diterajui oleh Alison Ng dari Pusat Kajian Kanta Sentuh di Universiti Waterloo di Kanada,  mengkaji bahawa eyeliner yang dikenakan selepas 2 jam, partikel eyeliner ini lebih mudah tercemar dan merosakkan satu lapisan cecair  yang melindungi kelopak mata.

Jika dibiarkan berterusan, kecemaran ini boleh mengakibatkan kepada rasa kurang selesa dan sakit lain, dan lebih memberi kesan kepada sesiapa yang memakai kanta sentuh, ataupun sesiapa yang mempunyai masalah kering dan mata sensitif.

Satu kajian pilot telah dijalankan dengan menggunakan 3 orang sukarela yang diuji menggunakan teknik  eyeliner luar, dan teknik eyeliner dalam. Mereka menggunakan pensil eyeliner yang dicampur glitter untuk memudahkan pemantauan pergerakan partikel eyeliner.


Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pembentukan partikel asing pada kelopak mata, dan selepas 5 minit, 30 pearatus daripada partikel tersebut mulai bergerak ke kawasan “tear film”.

Selepas 2 jam pengkaji mendapati bahawa semua partikel asing tersebut hilang, dimana mereka menjangkakan bahawa ianya telah berpindah ke tempat lain kemungkinan masuk ke dalam, atau telah dibersihkan dari mata


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bahaya Mengenakan Eyeliner Pada Bahagian Dalam Kelopak Mata Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top