1. Tak mungkin akan ada situasi di mana adik-beradik takkan sengaja cari pasal dengan satu sama lain
- Mesti ada 'something' yang nak digaduhkan. Tak kisah la benda kecik atau besar.
- Gaduh baju memang tak sah kalau tak buat selalu. Asalkan saiz baju sama, mesti berebut nak pakai baju tu.
- Setiap pagi mesti berebut nak pakai bilik air. Siap suruh cepat keluar dari bilik air. Yang kat dalam bilik air pula buat bodoh & layan 'feel' dalam bilik air.
- Abang atau Kakak tak suka orang buli kita, tapi mereka suka buli kita hehe. Kalau ada orang buli kita, mereka akan jaga kita tak kira apa pun.
5. Takkan bosan bila dalam kereta sebab ada saja benda yang nak diusik dan nak digaduhkan
- Kalau tengah drive, yang abang tu akan kacau adik yang tengah drive. Kalau tak kacau, ada je benda yang dia nak usik.
- Semua berebut nak dapat perhatian. Nak jadi anak emas mak ayah. hehe
- Bila ada problem yang tak dapat kongsi dengan mak ayah, mesti kita akan cari adik-beradik yang kita paling rapat dan kongsi masalah. Tak semua benda kita dapat ngadu dengan mak ayah.
- Adik-beradik tak sah kalau tak faham 'signal' dan 'code' tertentu. Dari bahasa badan atau mata pun dah boleh paham. hehe.
- Nama dekat sekolah nampak ganas, kawan-kawan panggil "zack" atau "Lan Todak" nama timangan kat rumah kena panggil "bobo", "baby". hahaha.
10. Adik-beradik jugalah antara yang paling jujur
- Mereka adalah orang yang paling jujur dengan kita. Mereka akan tegur kalau badan kita dah mula berisi atau tanya "Betul ke nak pakai tu?" bila kita pakai sesuatu dan kita terus akan rasa nak tukar baju.
- Mereka tahu apa yang kita suka atau tak suka. Tapi kadang-kadang mereka suka buat naya kat kita.
12. Gaduh tetap gaduh tapi tetap risaukan keselamatan kita
- Tipu lah kalau abang atau kakak tak risaukan adik-adik diorang. Muka nampak ganas tapi hati ada taman.
- Kalau kita dalam masalah, merekalah orang pertama yang akan ada di sisi kita selepas ibu bapa. Bila mak ayah tak ada dekat dengan kita ataupun kita tak nak susahkan mak ayah, Adik beradik lah juga tempat kita minta pertolongan.




0 comments:
Post a Comment