Ini 5 Risiko Menidurkan Anak Dalam Buaian. #3 Pasti Membimbangkan Semua Ibu
Amalan menidurkan bayi dalam buaian sememangnya sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia dgn alasan bayi akan lebih lena dan kemungkinan besar kita semua pernah diletakkan dalam buaian.
Namun, kini setelah banyak kes yg terjadi dan pemerhatian yang dibuat, kita boleh pelajari bersama yang amalan tersebut boleh megundang bahaya.
Antaranya ialah:
1.Risiko jatuh dan terhempap buaian.
Menurut Dr. Zulkifli Ismail, peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat terjatuh atau terhempap buaian adalah tinggi. Hal ini terjadi disebabkan tali pengikat atau spring buaian tidak berfungsi dengan baik.
2. Tercekik atau strangulation.
Bila bayi sudah mula memusing badan, mungkin terjaga dari tidur, kemungkinan bayi memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit atau tercekik dalam lipatan kain buai.
3. Risiko gegaran pada otak atau kecederaan otak, jika di ayunkan terlalu kuat.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
4. Tidak memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang bayi.
Buaian tidak memberi sokongan yang mencukupi bagi tulang belakang bayi dan bahu bayi selalunya akan membongkok kerana ruang buaian adalah sempit.
5. Susah nak jalan ke mana mana, mesti nak cari buaian, sampai satu tahap terpaksa bawa buaian dalam kereta!
Sekarang kita sudah lihat perkara yg boleh membahayakan jika membiasakan bayi dengan buaian, terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak, tetapi mencegah adalah lebih baik.
Sebenarnya bayi tidak memerlukan buaian untuk tidur, ianya perlukan latihan sejak lahir lagi dengan hanya dengan menepuk sedikit sambil mendodoikannya dengan alunan zikir/nyayian bagi bukan beragama islam sudah cukup memberi ketenangan kepada bayi untuk tidur.
Cuba kita tengok anak mat salleh tidur molek je meniarap tanpa buaian. Siap comel lagi kena photoshot time tidur.
Tetapi bagi yg sudah membiasakan bayi dalam buaian, pastikan langkah keselamatan sentiasa diambil kira. Awasi setiap masa anak anda dan tidak perlu membuai dengan kuat dan kasar


0 comments:
Post a Comment