728x90 AdSpace

Latest News

Hukum Pemakaian Inai Bercorak




Mungkin masih ramai yang tertanya dan ragu berkenaan denganhukum memakai inaibercorak atau inai yang dilukis di tapak tangan atau di belakang tapak tangan, samada haram atau tidak bagi lelaki dan wanita, mungkin masih menjadi persoalan kepada mereka yang belum tahu terutamanya golongan wanita yang begitu meminati memakai inai bercorak (Henna) semasa majlis perkahwinan dan sebagainya.

Pelbagai pendapat dan kesimpulan yang boleh kita dapati tentang hukum pemakaian inai untuk lelaki dan perempuan. Ada pendapat menyatakan adalah haram sekiranya lelaki memakai inai untuk tujuan perkahwinan samaada hanya untuk tiga jari dan ada pendapat menyatakan adalah makruh jika lelaki memakai inai.

Tetapi lain pula untuk perempuan, sesetengah pendapat menyatakan, sekiranya seseorang perempuan itu memakai inai dengan niat untuk menghias diri dan inai yang dipakai yang diasaskan oleh daun inai semulajadi tanpa ukiran seperti tattoo yang bercorakkan binatang dan berhala, hukumnya adalah harus.

Sebenarnya persoalanhukum pakai inaitelah pun terjawab melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal EhwalAgamaIslam Malaysia yang telah diadakan pada 2 Oktober 2009.

Semoga keputusan muzakarah ini akan menjawab semua persoalan dan pertanyaan kepada semua yang bertanyakan tentang isu hukum halal dan haram pemakaian inai bercorak ini.

Hukum Memakai Inai Bercorak Mengikut Syarak

Memakai inai bercorak pada kedua tangan dan kaki bagi wanita yang berkahwin atau tidak, selagi tidak menimbulkan fitnah adalah HARUS

Inai hanya boleh dipakai di kedua tangan dan kaki, tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali
Warna inai bercorak yang digunakan haruslah tidak bersifat kekal seperti tatu

Ukiran atau corak yang dibenarkan seperti awan larat, bunga dan tumbuhan manakala ukiran seperti haiwan, dewa berhala atau apa saja yang bertentangan dengan agama Islam adalah dilarang

Memakai inai di kedua tangan dan kaki untuk seorang lelaki adalah tidak diharuskan, namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan dan tujuan perubatan

Untuk bukti sahih atau keterangan lanjut mengenaihukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hukum Pemakaian Inai Bercorak Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top