728x90 AdSpace

Latest News

5 Cara Pantas Hilangkan Kelemumur. Jika Syampu Tak Berkesan Untuk Anda



Kelemumur terhasil disebabkan sel-sel mati dari kulit kepala. Sel pada kulit kepala lebih cepat mati berbanding sel pada bahagian badan lain. Maka,nak tak nak setiap orang akan mengalami masalah kelemumur. Saya tahu, ramai di antara anda semua yang telah mencuba berbagai jenis syampu untuk menghilangkan kelemumur, tetapi tetap tidak berkesan. Di sini kami di mamaosem berkongsi 5 cara alternatif yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan kelemumur.

1. Gunakan lemon

Lemon berkesan untuk menghilangkan kelemumur. Disamping menjadikan rambut kelihatan bersih. Ambil 2 biji lemon dan perah jusnya, kemudian letakkan air 2 kali ganda dari kuantiti jus. Kemudian letakkan air tadi pada bahagian kulit kepala dan biarkan selama 5 minit. Ini merupakan cara berkesan menghilangkan kelemumur hanya dalam masa sehari sahaja.

2. Basuh rambut menggunakan cuka

Sama seperti lemon, cuka berupaya menghilangkan kelemumur pada rambut anda. Ambil cuka, dan tambahkan air, kemudian bilas kulit kepala anda dengan air tersebut. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas menggunakan air.

3. Minyak zaitun

Sapukan minyak zaitun kebahagian kulit kepala, dan sapu menggunakan jari anda dalam keadaan bulatan. Biarkan pada malam, kemudian basuh menggunakan syampu pada keesokan harinya.

4. Epal +Madu

Ambil 2 sudu jus epal, kemudian campurkan ke dalam madu. Sapukan campuran tadi pada kulit kepala, biar selama 5-10 minit dan bilas.

5. Minyak kelapa + lemon

Ambil 1 sudu jus lemon dan 5 sudu minyak kelapa. Sapukan pada kepala anda. Biarkan selama 20-30 minit. Kemudian basuh dengan syampu.

Semoga dengan tips ini ianya seidkit sebanyak dapat membantu anda semua untuk bebas dari kelemumur. Jom kongsikan dengan rakan-rakan lain.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 5 Cara Pantas Hilangkan Kelemumur. Jika Syampu Tak Berkesan Untuk Anda Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top