728x90 AdSpace

Latest News

5 Akibat Jika Kurang Minum Air Putih.#3 Paling Bahaya


Keperluan tubuh terhadap air putih berbeza mengikut usia seseorang. Bayi memerlukan air sekitar 80% , dewasa 60% dan usia lanjut di atas 65 tahun memerlukan 50% air dalam tubuh.

Menurut Prof. Hiromi Shinya MD, pakar enzim dan pensyarah Kedoktoran di Albert Einstein College of Medicine di Amerika Syarikat, walaupun setiap orang memeiliki keperluan air yang berbeza-beza, namun orang dewasa dianjurkan untuk meminum  air putih 6-8 gelas sehari, atau 1.5-2 liter per hari.

AKIBAT KURANG MINUM AIR

#1 Membuatkan Sel-sel Otak Tidak Aktif.

Apabila kemasukan air kedalam tubuh seseorang berkurang, maka diakan mengalami dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan cairan otak menurun dan kemasukan oksigen ke dalam otak berkurang. Hal ini mengakibatkan sel-sel otak tidak aktif  dan tidak berkembang.

#2 Menurunkan Konsentrasi.

Otak memiliki komposisi yang terdiri daripada cecair dan apabila otak tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi , ia akan menganggu fungsi kognitif otak (kepandaian). Otak yang tidak dapat menjalankan fungsi kognitif akan membuatkan seseorang menjadi mudah lupa dan kurang konsentrasi.

#3 Menyebabkan Halusinasi bahkan Kematian.

Dehidrasi dapat menyebabkan gejala ringan seperti haus, sakit kepala, tekak berasa kering, badan panas, lelah, denyut nadi cepat, warna air kencing pekat ataupun gejala berat seperti helusinasi bahkan kematian.

#4 Membuat Kulit Menjadi Kusam.

Kurangnya meminum air putih juga membuatkan kulit menjadi kusam. Ini kerana aliran di kapilari darah tidak maksimum.

#5 Menganggu Fungsi Ginjal.

Kurangnya meminum air putih dapat menganggu fungsi ginjal. Oleh kerana itu, minumlah air putih secukupnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 5 Akibat Jika Kurang Minum Air Putih.#3 Paling Bahaya Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top