TIPS berkaitan rezeki bagaikan tiada sempadannya sentiasa ada bagi mereka yang mahukannya. Sudah sememangnya soal rezeki sentiasa bermain-main di minda manusia.
1. Jangan kejar harta kebendaan
Sebaliknya kejarlah rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin memuaskan diri, tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani. Jangan terlalu fokus dengan harta benda. Lakukan sesuatu kerana Allah Swt dan demi menyara keluarga.
2. Jangan terlalu ghairah
Terlalu ghairah ingin menjadi insan yang berjaya hingga lupakan hukum hakam agama. Sehingga sanggup buat perkara yang salah seperti rasuah & lain-lain.
3. Jangan henti mencari ilmu
Perkataan ilmu disebut banyak kali dalam Al Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki! Dunia ini sangat luas & penuh dengan ilmu. Ilmu yang dicari tidak mungkin akan cukup maka carilah sebanyak yang anda mampu !
4. Jangan bersikap tamak
Ini kerana ada bahagian rezeki kita yang punya dan ada bahagian rezeki orang lain punya. Kesemuanya telah ditentukan. Anggap sesuatu kegagalan sebagai "bukan rezeki" kita. Dengan itu hati kita akan senang menerima sesuatu kegagalan & akan lebih berusaha.
5. Jangan membazir
Maksud di sini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa juga. Lepak yang tidak berfaedah juga salah satu pembaziran. Bayangkan jika dengan melepak itu kita mampu menjana duit, hebat bukan? Memang ada manusia yang dengan lepak dengan kawan-kawan, beliau mampu jana duit sedangkan orang lain lepak untuk menghabiskan duit. :)
6. Jangan lupa bersyukur
Sentiasa bersyukur dengan pemberian-Nya walau sekecil manapun. Kalau gagal pun kita kena bersyukur sebab dengan kegagalan tu lah suatu permulaan agar kita lebih kuat. Cuba tengok usahawan dunia, mustahil mereka tidak pernah gagal suatu ketika dahulu.
Cth ; Steve Jobs (Pemilik Iphone Inc) juga pernah menjadi manusia leka & pemalas suatu ketika dahulu
7. Jangan suka cari kesalahan orang lain
Jika itu yang kita cari, memang kesalahanlah yang kita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki. Dengan menyalahkan orang lain tidak akan menjadikan kita berjaya.
8. Jangan mudah bergaduh sesama suami isteri
Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup. Sebaiknya berbincang dan cari jalan penyelesaian dan sama-sama berfikir macam mana hendak memperbaiki kehidupan.

0 comments:
Post a Comment