728x90 AdSpace

Latest News

6 Kesan Buruk Jika Kerap Makan Telur




 Antara makanan yang kerap menjadi menu hidangan kita semua pastinya telur. Selain boleh direbus, digoreng, separuh masak, dadar, telur juga antara bahan yang digunakan untuk membuat roti, kek, biskut dan sebagainya.


Biarpun sedap dan seringkali dijadikan menu hidangan, sebenarnya ada beberapa kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan jika kita makan telur secara kerap.

1) Meningkatkan kolesterol 

– Telur mengandungi lemak sekitar 200mg sebiji. Jadi pengambilannya perlu dihadkan kepada hanya 6 biji telur dalam tempoh seminggu. Namun jumlah itu harus diimbangi dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pengambilan telur yang berlebihan dan gaya hidup yang kurang sihat boleh meningkatkan kadar kolestrol dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

2) Risiko diabetes

Kandungan lemak dalam telur juga boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis, terutamanya pada kaum wanita. Kaum lelaki mempunyai risiko 55% terkena kencing manis jika makan telur setiap hari manakala untuk kaum wanita pula 77% risikonya.

3) Masalah jerawat

Pengambilan telur secara kerap sama kesannya seperti memakan kacang iaitu akan membuat kulit mudah berminyak. Bila kulit muka cepat berminyak, maka mudahlah untuk jerawat tumbuh di muka.

4) Menambah berat badan

Telur mempunyai kandungan lemak yang tinggi, jadi memakan telur secara kerap boleh mengakibatkan penambahan berat badan.

5) Ketidakseimbangan hormon

Pengambilan terlalu banyak telur juga membuat hormon menjadi tidak stabil lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Jadi sebaiknya bila makan telur eloklah diseimbangkan dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

6) Menyebabkan alergi

Telur juga boleh menyebabkan alergi. Terutamanya jika mengambil telur yang tidak segar, kurang berkualiti, kulit retak dan sebagainya. Jadi perlu hati-hati setiap kali membeli telur, pastikan telur tersebut segar dan dalam keadaan yang baik dan bersih.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 Kesan Buruk Jika Kerap Makan Telur Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top