6 DOSA YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH.
6 DOSA YANG TIDAK DIAMPUN ALLAH?
-Setiap manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Dosa yang dibuat akan diampunkan oleh Allah selepas kita bertaubat nasuhah iaitu sebenar-benar taubat. Itu jika dosa dengan Allah.
Jika dosa sesama manusia, kita perlu minta maaf terlebih dahulu terhadap orang yang kita telah melakukan kesalahan kepadanya dan kemudian baru Allah akan ampunkan. Hidup ini umpama masa untuk menanam dan hari tuainya adalah di akhirat kelak sama ada apa yang kita tanam tu memberikan kita nikmat atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun, sedarkah kita yang terdapat jenis-jenis dosa yang tidak akan diampun oleh Allah walaupun dengan taubat? Penulis akan senaraikan 6 jenis dosa yang Allah tidak akan ampunkan dan semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua.
6 dosa yang Allah tidak akan ampunkan :
1)Makan harta anak yatim secara haram
Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak akan terhapus sampai bila-bila.
2)Menuduh wanita solehah berzina
Orang yang menuduh wanita solehah berzina atau dalam Islam dipanggil Qazaf, hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah itu tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.
3)Lari dari medan Jihad di jalan Allah
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga. Dalam sejarah Islam, mereka yang lari dari pergi berjihad akan dihukum terus daripada Allah dan melalui Rasulullah. Tetapi Rasulullah S.A.W terpaksa menunggu arahan Allah S.W.T untuk memaafkan kesalahan tersebut.
4)Mengamal atau melakukan sihir
Mereka yang belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah S.W.T. Sememangnya mereka tidak layak untuk bertaubat kepada Allah S.W.T melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.
5)Syirik kepada Allah dan menduakan Allah
Dosa syirik atau menyamakan Allah S.W.T dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali dua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah S.W.T rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah S.W.T atau menyamakan Allah S.W.T atau menyekutukan Allah S.W.T.
6)Membunuh para nabi yang diutus Allah
Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah S.W.T untuk mengazab mereka. Rasulullah S.A.W pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W semasa penubuhan Negara Islam Madinah.
Sumber daripada : Kitab Tanbihul Ghafilin
Semoga kita semua terhindar daripada melakukan dosa-dosa yang tertera di atas dan kita cuba untuk jauhkan diri daripada melakukan dosa-dosa yang lain. Sama-sama kita baca, hadham dan sampai-sampaikan kepada yang tidak tahu. WALLAHUA’LAM



0 comments:
Post a Comment