728x90 AdSpace

Latest News

5 SEBAB KENAPA LELAKI SUKA WANITA BERAMBUT PANJANG?



RAMBUT panjang tidak sahaja memberikan kecantikan tersendiri bagi wanita, tapi juga daya tarikan bagi lelaki. Kerana, lelaki cenderung menyukai wanita jenis ini. Apa alasannya?

Ramai wanita sengaja memanjangkan rambut agar penampilannya semakin menarik. Walaupun rawatannya jauh lebih rumit berbanding rambut pendek, namun hasil yang diperolehinya pun setanding dengan perjuangannya. Alasannya, wanita jenis ini tidak akan sukar meraih hati lelaki kerana wanita berambut panjang lebih menarik di mata lelaki. Lantas, apa sebenarnya alasan lelaki menyukai wanita berambut panjang. Lovelyish memaparkannya.

1) Rambut panjang memberikan lelaki sebuah mainan

Dengan rambut panjang, lelaki dapat memainkan tangannya untuk membelai mahkota pasangannya tersebut. Tentu ini sangat menguntungkan bagi wanita jika ingin memenangi hati lelaki idamannya. Oleh kerana itu, rawatlah rambut panjang Anda agar senantiasa lembut dan indah.

2) Rambut panjang pada wanita terlihat indah

Bukan bererti wanita berambut pendek terlihat teruk di mata lelaki. Namun, wanita berambut panjang memberikan kesan positif di mata lelaki berbanding wanita berambut pendek.

3) Rambut panjang itu seksi

Baik rambut keriting atau lurus, di mata lelaki semuanya kelihatan menarik dan seksi. Bagi Anda yang memiliki rambut keriting, keringkan rambut Anda dan sikat dengan rapi untuk kelihatan seksi di hadapan lelaki.

4) Rambut panjang wanita menjadi aset berharga bagi lelaki

Tidak setiap wanita memiliki rambut panjang sehalus sutra dan kelihatan seksi. Untuk mereka yang memiliki aset ini, tentu lelaki sangat bangga memilikinya. Tidak hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk dipamerkan di hadapan orang

5) "Rare"

Kebiasaan kaum lelaki memang majoritinya berambut pendek bukan? Jarang kita jumpa lelaki yang mempunyai rambut panjang melebihi paras leher. Oleh sebab itu, apabila seorang lelaki nampak seorang wanita yang berambut panjang, secara automatiknya lelaki itu tertarik & memang sudah lumrah lelaki meminati wanita berambut panjang.

* Tidak semua lelaki meminati perempuan berambut panjang, ada juga yang meminati perempuan berambut pendek. Tetapi kajian menyatakan "majoriti" lelaki menyukai perempuan berambut panjang. Tapi ini tidak bermakna perempuan berambut pendek tidak disukai
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 5 SEBAB KENAPA LELAKI SUKA WANITA BERAMBUT PANJANG? Description: Rating: 5 Reviewed By: Gadis Blog
Scroll to Top