12 PERANGAI PASANGAN BELUM KAHWIN YANG SANGAT MENJELIKKAN |
Atas permintaan ramai, kali ini kami senaraikan pula 12 perangai pasangan belum kahwin yang menjelikkan orang sekeliling.
Atas permintaan ramai, kali ini kami senaraikan pula 12 perangai pasangan belum kahwin yang menjelikkan orang sekeliling.
Mungkin majoriti masyarakat di Malaysia mahupun dalam dunia ni dah cukup muak dengan gelagat sesetengah boyfriend dan girlfriend yang terlampau obses dengan pasangan masing-masing.
Biasalah kan, orang bercinta ni diibaratkan hidup dalam dunia indah yang cuma ada dia dan cinta hati sahaja. Sampaikan tak sedar langsung kewujudan manusia lain. Agak-agaknya korang biasa tak dengan situasi kat bawah ni?
1. Guna Panggilan Mama-Papa / Mommy-Daddy
Maaf cakaplah, tapi kami tak boleh langsung dengar mana-mana couple bahasakan diri diorang macam ni. Geli-geleman sampai rasa nak termuntah depan diorang. Pernah tengok Adnan Sempit? Hmm macam tu lah contoh terdekat.
2. Tak Ada Masa Untuk Kawan
Sesungguhnya kawan yang baik adalah kawan yang bijak bahagikan masa antara kawan dia dan girlfriend/boyfriend.
Ini tidak, setiap kali kita ajak lepak ada je alasan diberikan. Macamlah kita tak tahu dia busy dengan kekasih hati yang paling abadi kononnya tu.
Kalau korang ada kawan macam ni, mohon tak payah datang kenduri kahwin dia nanti. Hihi.
3. Tak Pernah Gagal Sambut Monthsary
Anniversary kami fahamlah, tapi monthsary? Seriously?
Memang gigih. Tapi kita patut bagi pujian pada effort diorang yang mampu mengingati tarikh paling sweet dalam hidup.
4. Tukar Nama Facebook Hasil Gabungan Nama Dengan Boyfriend
Contoh nama betul dia Sakinah binti Rahim, boyfriend nama Hakim, jadilah Sakinah Hakim. Kalau di Instagram pula ada hashtag #kinahakim, #kinkim, dan #KimK pun boleh.
Itu belum lagi dia tukar nama Facebook dengan nama anak yang belum pun wujud lagi. Hmm, tak sabar nampaknya.
5. Setiap Hari Post Gambar Dengan Boyfriend
Iya, semua orang tahu korang bercinta. Tapi perlu ke share gambar boyfriend setiap hari siap dengan caption manja-manja? Oh yelah, mungkin nak cemburukan ex-girlfriend boyfriend kan?
6. Mention Dia Milik Orang Di Bio Social Media
Sebagai contoh: Haikal’s sweetheart, Aina’s boyfriend.
Takut sangat ke boyfriend atau girlfriend korang kena rampas sampai perlu buat macam ni? Kalau dia bukan jodoh korang, buatlah macam mana pun dia tetap takkan jadi milik korang.
7. Tak Segan Bermanja Depan Khalayak
Kalau orang yang dah kahwin pun tahu segan, tapi yang belum kahwin ni macam bangga pula berpeluk sakan di shopping mall, atau di mana-mana sahaja. Ehem, janganlah menunjuk sangat.
8. Minta Nasihat Kawan Tapi Tak Nak Dengar
Ha yang ni memang jenis ketegaq. Punyalah datang jumpa kita menangis-nangis mengadu pasal boyfriend dia curang. Bila kita nasihatkan dia tinggalkan lelaki tu, dia setuju. Tapi esok lusa berkepit balik. Urghhh, stress!
9. Setiap Bulan Melancong Bersama
Amboi kalah pasangan husband and wife yang pergi honeymoon. Siap ada hashtag #ikahafizonvacay. Sweet sangat!
10. Tak Habis-Habis Meroyan Di FB
Setiap kali ada masalah percintaan, habis dicanang keburukan pasangan di laman sosial. Paling selalu terjadi di Facebook lah, sebab lebih banyak kemarahan boleh dicurahkan.
Relationship status pun asyik bertukar je. Bila tengah gaduh, tukar jadi single. Bila dah baik, in a relationship semula.
11. Heret Boyfriend & Girlfriend Pergi Jumpa Kawan
Sekali dua bolehlah tapi kalau berkali-kali, boleh naik muak kawan-kawan korang tu. Mestilah ada benda kawan korang nak cerita yang tak boleh dikongsikan dengan pasangan korang kan?
Kadang-kadang sampai nak berjumpa untuk bincang soal kerja pun nak bawa pasangan juga. Sila ambil perhatian ya.
12. Berlagak Pasal Pasangan Masing-Masing
Ini paling meluat, macam dia sorang bercinta, macam dia sorang ada girlfriend cantik, macam boyfriend dia sorang paling sado. Chill okay?
P/S: Nama dan gambar yang digunakan hanya sekadar hiburan.
0 comments:
Post a Comment