ANTARA MAKANAN RINGAN PALING POPULAR SEKITAR TAHUN 80 & 90-AN |
Kami tahu, ketika anda masih bersekolah rendah dahulu, pasti makanan ringan ini pernah dihadamkan di dalam perut anda, lagi pun kebanyakan snek sebegini memang mudah untuk didapatkan di kedai runcit.
Kami tahu, ketika anda masih bersekolah rendah dahulu, pasti makanan ringan ini pernah dihadamkan di dalam perut anda, lagi pun kebanyakan snek sebegini memang mudah untuk didapatkan di kedai runcit.
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak suatu ketika dulu, sebuah blog Vitdaily telah melakukan review terhadap makanan ini. Menariknya adalah mereka mengumpulkan semula makanan tersebut dan membuat penilaian dari segi rasa, packaging dan adakah makanan-makanan ini masih lagi mengekalkan rasa yang sama seperti 20 tahun yang lalu?
Jom kita ikuti review di bawah:
1.Pop Corn Durian
Pop Corn Durian merupakan salah satu makanan ringan yang kami sendiri tergila-gila masa kecil dahulu. Buka sahaja plastik sudah ada bau yang cukup sedap tapi jika anda bukan peminat durian, mungkin jajan ini bukan pilihan anda.
Kami dapatkannya dan apa yang menghampakan kami ialah saiz keropok ini nampaknya sudah mengecut dan apa yang buat kami sedih ialah rasanya juga sudah berbeza tidak sama seperti dahulu. Sebaik masuk sahaja mulut, secara automatik kami tercakap – ini versi less sugar’kah?
2.Haw Flakes
Haw Flakes merupakan salah satu snek yang pada masa dulu kami makan sebaik sahaja balik dari sekolah dan dikongsi dengan rakan-rakan sekelas. Sebenarnya Haw Flakes ini dihasilkan melalui buah Hawthrown yang tergolong di dalam keluarga berry (blackberry, strawberry dan lain-lain).
Apa yang membuatkan kami terkejut dengan packaging baru ini ialah ia tidak sekemas bungkusan ketika dahulu malah rasanya juga tidak hebat seperti tahun 80-an. Adakah apa yang kami dapatkan ini merupakan versi ciplak atau memang benar ia sudah berubah bungkusan dan rasa?
3.Tora
Kami kagum dengan usia produk ini yang mampu bertahan sehingga kini. Dengan kehadiran kedai runcit dan juga target pasaran terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah, ternyata Tora masih gagah sehingga kini. Apa yang menarik, jika dulu kita akan dapat coklat di dalam bentuk bulat-bulat, kini ia sudah diubah di dalam bentuk coklat bar.
Bab mainan pula, kami dapat sebuah permainan papan yang sangat menguji minda. Bagi kanak-kanak, perkara yang paling excited sekali ialah detik mahu membuka kotak tersebut – sebab tidak tahu akan dapat permainan apa di dalamnya.
4.Maruku Ikan Popo
Ini makanan favourite sambil layan tengok movie. Rasa Maruku Ikan ini masih konsisten seperti dulu malah kini hadir di dalam dua saiz.
Cuma yang kami tidak faham,dalam banyak-banyak produk makanan, Maruku Ikan ini adalah satu-satunya produk yang tidak menggambarkan apa yang anda akan beli. Maruku Ikan dengan gambar bayi. Tetapi melalui kekuatan bayi yang bernama Popo itu jugalah produk ini mampu bertahan sehingga kini. Sedap!
5.Rota
Ketika mahu koyakkan plastik Rota ini, kami berdebar, risau nanti rasa yang kami harapkan sudah berubah. Akhirnya semua itu terjawab apabila ia masuk ke dalam mulut. Memang rasa tidak berubah dan jangan mula makan, nanti sudah hendak berhenti.
Hadir dalam dua saiz, Rota merupakan antara makanan ringan yang laku juga seingat kami, ketika kecil dahulu. Rota dan juga Keropok Durian merupakan kawan baik yang mampu bertahan sehingga kini.
6.Ding Dang
Satu lagi jenis perasaan yang berdebar untuk lihat permainan apa yang ada di dalam kotak ialah Ding Dang. Dikilangkan di bawah satu syarikat yang sama, Ding Dang juga sudah beralih menggantikan bebola coklat kepada coklat bar.
Kali ini kami dapat wisel berbentuk rama-rama. Sebagai orang dewasa, perkara paling best dan selalu kami tanyakan masa dapat tahu apa permainan yang ada dalam kota ialah – nak main macam mana benda ini?
Walaupun mungkin ia hanyalah makanan ringan namun kadang-kala terlalu banyak memori yang tersimpan sekali gus mengimbau kenangan ketika masih kecil.
0 comments:
Post a Comment