Mesti korang tak pernah terfikir kan yang warna air kencing juga memainkan peranan penting dalam menggambarkan keadaan kesihatan anda. Kali ini SembangSembang.com kongsikan dengan anda penerangan dan info yang anda perlu tahu kaitan antara warna air kencing dengan keadaan kesihatan anda.
Warna air kecing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda. Di Sini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada sesorang.
Tidak Berwarna (Lutsinar) - Anda meminum terlalu banyak air.
Warna Pucat jerami - Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup.
Kuning lutsinar - Anda Normal
Kuning gelap - Normal, tetapi anda perlu minum selepas ini.
Warna kuning madu - Anda kekurangan air, minum air sekarang.
Berwarna perang - Anda kemungkinan ada masalah hati (liver)
Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda ada makan bit, blueberri, atau klembak? Jika ya, ianya normal. Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Segera jumpa doktor.
Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang, mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna. Ini tidak berbahaya , walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya ianya berterusan.
Warna Ungu - Gurau je, mana ada air kencing warna ungu.
Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda. Segera jumpa doktor.
Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. jangan lupa klik "Share" di bawah untuk berkongsi info ini dengan rakan lain.
jika air kencing berwarna hitam dan berbuih....mungkin disebabkan terlalu banyak minum coca-cola.....kurangkan meminum minuman ini....ki...ki..ki
ReplyDelete